Mendaftar Akaun Baru Melalui Mobile
Untuk boleh membenarkan anda mendaftarkan akaun melalui mobile, anda terlebih dahulu mesti memasang aplikasi pada telefon anda melalui play store atau boleh langsung melalui pautan https://play.google.com/store/apps/details?id=io.mardi.emaha.
Selepas aplikasi terpasang pada telefon anda, sila klik open untuk memulakan aplikasi. Menu pada aplikasi ini terdapat pada sisi kiri, klik sidebar untuk memunculkan menu.
Sila klik ‘Log Masuk & Daftar’ untuk lakukan pendaftaran. Untuk lakukan pendaftaran, anda hanya perlu memasukkan alamat emel yang ingin anda gunakan.
Selepas emel dimasukkan dan klik butang ‘Daftar’, anda akan dialihkan masuk langsung ke dalam aplikasi. Selepas memasukkan emel, secara otomatik pihak dari aplikasi akan mengirimkan anda emel untuk dengan pautan.
Bila anda ingin membuka aplikasi langsung, anda boleh klik pada pautan https://emaha.com/ms/my-account/. Sedangkan bila anda ingin lakukan ‘Set Ulang Kata Laluan’, anda boleh klik langsung pada pautan ‘Click here to set your new password’.
Untuk set ulang kata laluan anda, anda hanya perlu memasukkan kata laluan baru dan sahkan kata laluan baru pada kotak New Password dan Re-enter New Password lalu save. Selepas itu, anda akan langsung dialihkan pada laman log masuk dan anda boleh langsung masuk dengan menggunakan kata laluan yang baru sahaja anda tetapkan.
Selepas masuk dalam aplikasi, anda boleh menggunakan butang untuk mengubah kata laluan dan alamat anda.
Untuk mengubah kata laluan, anda perlu klik butang ‘Butiran Akaun’ untuk melengkapi maklumat yang diperlukan.
Bila anda ingin mengubah kata laluan melalui borang diatas, anda mesti memastikan kotak pada Nama Pertama dan Nama Terakhir sudah terisi. Tetapkan pertama dan nama terakhir jika kotak tersebut kosong. Selepas itu, masukkan Kata Laluan Semasa, Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu.
Jika anda hanya ingin lakukan pembaharuan pada Nama Pertama dan Nama Terakhir, anda hanya perlu menukar Nama pada kotak tersebut tanpa mengubah kata laluan anda.
Selain melengkapi maklumat daripada kata laluan, anda juga boleh melengkapi maklmumat anda mengenai alamat melalui butang Alamat. Pada butang alamat, anda mesti melengkapi alamat pengebilan dan alamat penghantaran. Keduanya memiliki tampilan borang seperti pada gambar berikut.