Daftar Akaun Melalui Desktop 0 0

Terakhir dikemas kini pada Aug 15, 2022 09:13 in Daftar Akaun
Disiarkan olehDiana

Mendaftar Akaun Baru Melalui Desktop

Untuk boleh melakukan pendaftaran, anda mesti mengakses laman pendaftaran untuk dapat memasukkan maklumat pengguna yang diperlukan.

Pada laman diatas anda dapat mesti alamat emel yang akan digunakan untuk mendaftarkan. Selepas emel dimasukkan, anda akan dibawa masuk pada laman Akaun Saya. Pada laman ini anda boleh menetapkan butiran daripada maklumat akaun anda melalui beberapa butang seperti pada gambar berikut.

Adapun butang yang utama untuk segera dilakukan kemas kini ialah butang Alamat dan butang Butiran Akaun. Pada butang alamat, anda akan diminta untuk memasukkan alamat pengebilan dan alamat penghantaran. Alamat pengebilan akan digunakan sebagai alamat untuk pengebilan yang tersambung dalam bentuk pembayaran untuk membayar suatu pesanan. Sedangkan alamat penghantaran ialah alamat yang berguna menghantarkan pesanan ke alamat  penghantaran tersebut. Dalam butang Alamat ini, butiran yang perlu anda lengkapi untuk alamat pengebilan dan alamat penghantaran ialah sama seperti pada gambar berikut.



Bila sudah siap melakukan pengisian butiran maklumat daripada alamat, pengguna boleh beralih untuk mengubah Kata Laluan. Kata Laluan boleh dilakukan dengan beberapa kaedah. 


Sebelum berpindah alih pada butang Butiran Akaun, anda boleh meniliki kotak masuk pada emel anda. Selepas anda melakukan daftar dan masuk pada laman menggunakan alamat emel, akaun emel MARDICorp eMAHA akan mengirim pautan pada anda secara otomatik. Terdapat dua pautan dalam emel tersebut, iaitu pautan untuk langsung masuk pada laman Akaun Saya dan pautan untuk mengubah Kata Laluan anda.



Bila anda ingin langsung masuk pada akaun anda, anda boleh lakukan klik pada pautan https://emaha.com/ms/my-account/. Bila anda ingin lakukan pengubahan kata laluan, anda boleh klik pada pautan ‘Click here to set your new password’.



Laman diatas ialah laman yang tampil selepas anda melakukan klik pada pautan untuk mengubah kata laluan. Isikan kata laluan baru dan masukkan ulang kata laluan baru anda, lalu save. Bila anda ingin merubah kata laluan melalui butang Butiran Akaun, ada mesti mengisikan sejumlah maklumat mengenai kata laluan pada borang berikut.



Bila anda ingin mengubah kata laluan melalui borang diatas, anda mesti memastikan kotak pada Nama Pertama dan Nama Terakhir sudah terisi. Tetapkan pertama dan nama terakhir jika kotak tersebut kosong. Selepas itu, masukkan Kata Laluan Semasa, Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu. Jika anda hanya ingin lakukan pembaharuan pada Nama Pertama dan Nama Terakhir, anda hanya perlu menukar Nama pada kotak tersebut tanpa mengubah kata laluan anda.

** Masa adalah asas padaAsia/Krasnoyarsk timezone